Friday, April 27, 2012

budakkampung join Drag Race di bypass Muar

SALAM...
Oleh kerana dah lame gua tak update cerita pasal bebudak kampung, kali ni gua nak cerite pasal aktiviti geng kitorang minggu lepas. kitorang dengan rasa tak malunya, telah mendaftarkan diri untuk join RK-M KBS National Drag Race Championship 2012 yang diadakan di bypass Muar. jujur kami katekan, motor kami ni memang tak setanding motor yang bertanding pada hari itu. senang kata, motor kami lah yang paling tak laju dan kamilah budak yang paling baru dan paling muda join drag kali ni. inilah pertama kali kami sertai game macam ni. memang kami langsung tak mengharapkan kemenangan, kami cume ingin menimba pengalaman dan perlukan sokongan dari kengkawan semua.
 
 
tujuan kami sertai game ni? senang je...kami tak mau terlibat dengan aktiviti lumba haram. lepas kami pulang dari drag tu, barulah kami tahu. banyak lagi jentera yang lebih berkuasa. yang betul2 garang. betul2 laju di litar. kami juga amat bersyukur dan berterime kasih kepada bebrapa penduduk kampung yang turut hadir memberikan sokongan. ade yang dah datang waktu petang, malamnya datang lagi, sokongan anda amat kami hargai. terime kaseh juga pada rakan-rakan yang sudi menunggu dan menemani kami dari tengahari sampai la ke lewat pagi.
 
Proton Saga milik Wak Laseng di'towing' kerana driveshaft putus

ada beberapa masalah yang berlaku kepada jentera kami sepanjang perlumbaan berlaku. geng kami, Hashim ataupon wak laseng yang memandu Proton Saga, memasuki kategori N/A bawah 2.0 cc  menghadapi masalah teknikal dan terpaksa di 'towing'. takpe bro, Melaka ada lagi. 

 motor yang kami hantar 

untuk kategori motor, kami menghantar 4 motor. Honda EX5 milik Farid (masuk kategori 4T standard body), Yamaha 110cc milik sahmi monon (masuk kategori Yamaha 125z standard body), Yamaha 125z milik Hafis (masuk kategori Yamaha 125z standard body) dan Yamaha 135LC Harimau Malaya milik gua (masuk kategori king drag bike open). terime kaseh pada Toyol dan Hafiz yang menjadi rider pada hari itu. walaupun tidak memenangi ape-ape, kami tetap puas kerana dapat merasai sendiri kehangatan bile menyertai aktiviti drag dan berdepan dengan mereka yang lebih berpengalaman.

<!--more-->
 Yamaha 110cc berani mati punyer

mesti korang pelik macamane Yamaha 110cc boleh masok kategori Yamaha 125z standard body kan? sebenarnye owner motor ni sendiri yang berhati kering nak masuk walaupun tau pihak lawan semua memang berpengalaman. syabas bro. lepas ni hantar motor 125z plak ye hehe. motor Hafiz pon tak dapat ape2 tempat. kalau korang nak tau, motor kami semua baru je di setting sehari sebelom perlawanan. memang kesilapan kami kerana tak prepare awal2. insyaallah lepas ni kami akan buat persiapan lebih rapi. 


mengenai 135LC Harimau Malaya gua, amat sedih. penyertaan dari motor 135 LC tidak banyak maka tiada kategori untuk 135 LC standard body. maka jentera gua ni di tempatkan di kategori king drag open bike. lawanya toksah kata. memang otai2 jempol belaka. memang kesilapan gua sendiri, sepatotnye gua tanye pihak penganjur mengenai penyertaan dari 135LC. gua akan jadikan ini satu pengajaran untok gua. untuk pengetahuan, memang pada awalnya, memang gua nak lenjan je lawan, alang2 dah datang kan. tapi memandangkan mase tu dah pukul 3 pagi, kategori yang sebelum kategori gua pun belum habis lagi, gua terus tarik diri. gua bukan ape, esoknya gua kena kerja. 

pada mereka yang mempunyai moto power dan korang memang pakar dalam setting2 ni. ape kata korang sertai drag ini. ade lagi beberapa pusingan sebelom jelajah drag ini tamat. kalah menang tu adat pertandingan. kami kongsikan kisah inibukan nak tunjuk lagak. kami cuma nak kongsi kisah pahit manis kami pertama kali menyertai game seperti ini.

hati-hati memandu, tunggang jentera korang dengan cermat.

 Yamaha 125z milik Hafiz

 Yamaha 125z standard body menunggu giliran

 abang Apeng hensem layan blues

 dah berhati2 pon kene gak, nak wat macamane hehe

 antara motor-motor otai

Yamaha 125z standard body menunggu giliran
 
 gadis litar takde, jejaka litar berpayung pon jadi la ye hehe

 gua pon taktau kenape gua boleh nganga camni. hampeh

Tuesday, January 17, 2012

bila X1R masuk ke bendang

kalau selama ni kita tengok motor idaman jejaka malaya ni kat highway, kali ni kita tengok moto brader iwan bol kita ni kat sawah bendang plak. nak tumpang? adik manis boleh la katenye hehe


biar gambar bercerita - bila budak kampung rewang, ke melantak?

aduh, aku agak konpius, diorang ni tengah rewang ke tengah melantak? adoiii2. tengok gaya masing2 memang juara makan nih. hidup untuk makan ke? hehehe. ni lah dia antara penasehat kepada budak2 kampong. diorang ni antara yang senior la katenye, hehe. nak ngurat? cube la hehe



biar gambar bercerita - bila budak kampung kepenatan

inilah dia pomen kitorang yang juga bos Hib Hob Workshop. walaupun beliau seorang pomen dan kelihatan agak ganas, tapi beliau amat mencintai kucing. selepas selesai menyiapkan motor pelanggan, dia akan bagi makan pada kucing dan itik2 belaannya. selepas siap semua, dia pun terus tido.


Hib telah kehilangan ibunya beberapa bulan yang lepas. semoge dia dan keluarganya tabah dan terus menjalani hidup dengan tenang. gua support lu der...

biar gambar bercerita - bila budak kampung join Johor Military Force

tahniah kepada iwan bol dan muaz kerana telah berusaha sedaya upaya dalam sesi pemilihan Johor Military Force..ape kah naseb mereka?


sumber gambar: iwan boll

biar gambar bercerita - bila budak kampung memancing


Jeles aku tengok diorang dok mancing, gua tak dapat ikot jer, hampessss