Monday, October 10, 2011

|gambar|konvoi raya budakkampung 9/9/2011


memang terlambat untok aku upload gambar bebudak ni. gambar konvoi raya kami, yang diambil secara sukarela oleh encik muaz, untuk gambar lebih jelas, boleh ke sini

perkumpulan motor-motor lama dan baru...


pabila mereka beraya...

duta petronas....

di atas tar ....

RS100 pun beraksi tau...

Sunday, September 4, 2011

projek hari raya: Yamaha 135 LC convert to Yamaha X1R

assalamualaikum dan selamat hari raya dari kami geng budak kampung yang segak lagi bergaya walaupun bangun pagi jarang-jarang gosok gigi heh!. agak lama jugak blog budak kampung ni bersawang tak ber update. almaklumlah, bulan puasa yang lepas, geng-geng budak kampung menumpukan masa beribadat (opo yo??abes motor sape kat celah2 semak di bulan puase hari tu keh4). semoga puasa kita dan amalan kita diterima tuhan. aminn

 gambar: yamaha X1R Iwan Boll

raya tahun ini, tatkala orang ramai sibuk dengan peti ais baru, meja baru, kerusi baru dan bini baru, geng-geng budak kampung pulak sibuk nak pasang body baru untuk jentera berkuda masing-masing. oleh kerana geng kami ni ramai yang bawak motor Yamaha 135LC, maka masing-masing sibuk ke Johor Bahru dan juga Kuala Lumpur untuk mendapatkan body set X1R ni.

 gambar:  Yamaha 135 LC convert to Yamaha X1R

walaupun harga body set siap wayar semua mencecah hampir dua ribu, namun demi memenuhi minat masing-masing, maka terpaksalah pecahkan tabung kelapa bank pertanian malaysia tu huhu. walaupun masing-masing penat dengan kerja ditambah lagi dengan cuaca panas di bulan puasa, itu semua tak mematahkan semangat geng budak kampung untuk meng 'convert' yamaha 135 LC diorang ke yamaha X1R.

 dari kiri: X1R Apeng, Iwan Bol, Pie Lucah dan Ap

aku dah cuba google mengenai motosikal X1R yang menjadi kegilaan remaja ni, tapi tak banyak maklumat yang aku dapat. aku pun pelik, kenapa motor ni tak masuk ke pasaran Malaysia. aku rasa kalau motor ni masuk pasaran Malaysia, motor Yamaha 135 LC tu orang trade in kot huhu. motor X1R ni kalau korang tengok, lebih kurang sama dengan 135 LC cuma kelainan yang ketara terletak pada dada hadapan dan juga handle. aku nak ulas panjang lebar pun tak bape nak pandai. ape kate korang tengok je gambar yang aku sediakan tu dan bandingkan sendiri. 

kalau korang nak tanye pasal X1R ni boleh la ke facebook iwan bol OK!!


WALAU GANAS MANA PUN MUKA, EJOZ DAN JENTERA,
KITE TETAP RIDER YANG HORMAT ORANG TUA,
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Sunday, July 31, 2011

BBQ sempena menyambut bulan puase


Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. apa khabar kengkawan semua, salam mesra dari geng budak kampung. dak makan? kalau belom makan pergi lah makan. nanti mase bulan puase jangan dok sebok nak makan di siang hari,memang kena parang la jawabnye korang nanti. semalam,sabtu,30 julai 2011,geng budak kampung telah mengadakan satu jamuan sempena menyambut bulan puasa isnin ini. idea untuk mengadakan jamuan ini tercetus secara tidak sengaja semasa tengah lepak2 di bawah pohon kelapa yang melambai ketika ditiup angin sepoi-sepoi bahasa gitu.


untuk jamuan kali ni,kami buat sederhana sahaja. buat apa nak besar-besar. penat nak mengemasnya nanti kan. jamuan kali ini telah di taja oleh seorang hamba Allah dan tak lupa kanopi yang telah ditaja oleh encik amin tauke kambing kita. kalau nak tempah kambing/lembu untuk raya nanti sila bagitau kat ruangan komen yer.hehe. tak lupe kepada tuan rumah, Wak Jabin dan anak-anak kerana memberi kebenaran untuk kami mengadakan jamuan di hadapan rumah beliau. ini kerana anak Wak Jabin iaitu Hibbaturrahman telah melangkah setapak ke depan dengan membuka bengkel bersebelahan rumah. secara tak langsung bengkel beliau ini menjadi tempat rasmi geng budak kampung berkumpul. mungkin lepas ni akan dibangunkan sebuah warong minuman pulak. takde lah kitorang kering tekak kat situ hehe.


terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang tenaga menjayakan majlis bakar membakar ini. tanpa kerjasama,majlis ini tidak akan menjadi. terima kasih juga kepada mereka yang secara volunteer menjadi chef BBQ ni. aku tak taulah berapa banyak peluh korang dah bercampur aduk dengan ayam yang kitorang makan tu hehehe. terima kasih pada team 'Hassim & Pie sound system' kerana menyediakan peralatan karaoke dan juga deejay kita yang sentiasa menghiburkan tetamu yang datang malam tadi iaitu 'Muaz & Bol in da' club'.


aku tak tahu nak cakap apa. senang kata terima kasih tak terhingga kepada semua geng budak kampung yang hadir. geng kitorang takde kisah sesapa pun nak datang makan. tua ka,muda ka. kami ni bukan kelab mahupun pertubuhan,cuma sekumpulan budak kampung yang berkongsi minat yang sama. 

mungkin lepas ni akan ada aktiviti lagi. ikut hati ni nak buat ride to berbuka ka...ride to trawikh ka...entah. belom tahu lagi. ape-ape pon akan di update OK! SELAMAT BERPUASA dari kami GBK.

untuk tengok gambar aktiviti malam tu boleh KE SINI

Monday, July 18, 2011

Basikal Raleigh Wak Kahar Sarip Dol muncul kembali!!!

Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. dah makan semua? kini,seperti musim, budak-budak muda berbasikal fixie. ke sane sini riang gembira. seorang pakcik kat kampung aku yang glamer dengan panggilan Wak Kahar tak ketinggalan untuk berbasikal. tapi,bukan fixie yang di cari. beliau dengan semangat yang berkobar-kobar,meredah setiap rumah orang-orang tua kampung yang masih memiliki basikal Raleigh. untuk mengetahui mengenai sejarah basikal Raleigh ini,korang boleh ke sini dan ke sini.
ini bukan wak kahar,ini wak laseng,pekebun sawet yang berjaya. juga merupakan pemuda kegilaan gadis-gadis kampung dan facebook





aku tak berapa tahu pasal basikal Raleigh ini. tapi bila dengar dia bercerita kenangan mengenai basikal,aku teruja. mane taknya. siapa sangka basikal yang budak muda sekarang malas nak kayuh ni menyimpan seribu satu memori kepada orang-orang lama. kenangan mengurat isteri mereka. kenangan ke bandar. macam-macam lagi. korang pula macamane? ade kenangan bersama basikal kesayangan?kongsila

Friday, July 15, 2011

Honda EX5 emas baru 2011 'live' di kampung

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. seperti yang kita tahu. jenama EX5 telah menjadi kegilaan di Malaysia dan jualannya mencecah jutaan unit. ada yang mengatakan motor Honda EX5 ini tahan lasak,selesa dan jimat minyak. itu terpulang kepada mereka yang telah memiliki model ini. mereka yang beli,mereka yang rasa,dan mereka yang berhak memberi komen. 


kini,tahun 2011,Boon Siew Honda telah melancarkan model baru Honda EX5 yang berwarna emas.boleh baca di sini untuk lebih lanjut. tak ketinggalan, salah seorang penduduk kampung kami telah memiliki sebuah model Honda emas ini. anda boleh lihat gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut apakah perbezaan Honda EX5 lama dan yang baru ini. manalah tahu,ada duit lebih,lagi-lagi nak raye ni kan. :-)






makan durian di waktu malam

assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. ini merupakan entry pertama untuk geng budak kampung. kami bukan persatuan. bukan pertubuhan. cuma sekumpulan budak-budak kampung (dan ada juga yang bukan budak lagi),yang mempunyai minat yang sama,tak kira ape jua. dan aku, salah seorang geng budak kampung,akan semadi kan kenangan kami, di sini untuk tatapan pembaca.


entry pertama kali ini adalah mengenai durian. makanan kegemaran tak kira siapa jua. malam tu aku,amin,hib dan acid pergi ke Parit Sulong,Batu Pahat. agak malang kerana kaler nye tak kuning. takpe-takpe. nanti ade durian baik punye,aku tunjuk kat korang ye :-).

si muaz ataupon imam muda sedang menikmati durian. walaupun kurang ummpphhh tapi syukur atas nikmat DIA. kan?

 amacam? perot sape lebih besar?



acit,seorang yang memang pantang nampak durian. dia bagitau aku yang dia penah tibai makan durian 5 biji sekaligus..cissss,memang gila la

"YEARGGGGGHHHH!!!! sapa mau lawan makan durian,lawan dengan aku laaaa", kata beliau