Sunday, September 4, 2011

projek hari raya: Yamaha 135 LC convert to Yamaha X1R

assalamualaikum dan selamat hari raya dari kami geng budak kampung yang segak lagi bergaya walaupun bangun pagi jarang-jarang gosok gigi heh!. agak lama jugak blog budak kampung ni bersawang tak ber update. almaklumlah, bulan puasa yang lepas, geng-geng budak kampung menumpukan masa beribadat (opo yo??abes motor sape kat celah2 semak di bulan puase hari tu keh4). semoga puasa kita dan amalan kita diterima tuhan. aminn

 gambar: yamaha X1R Iwan Boll

raya tahun ini, tatkala orang ramai sibuk dengan peti ais baru, meja baru, kerusi baru dan bini baru, geng-geng budak kampung pulak sibuk nak pasang body baru untuk jentera berkuda masing-masing. oleh kerana geng kami ni ramai yang bawak motor Yamaha 135LC, maka masing-masing sibuk ke Johor Bahru dan juga Kuala Lumpur untuk mendapatkan body set X1R ni.

 gambar:  Yamaha 135 LC convert to Yamaha X1R

walaupun harga body set siap wayar semua mencecah hampir dua ribu, namun demi memenuhi minat masing-masing, maka terpaksalah pecahkan tabung kelapa bank pertanian malaysia tu huhu. walaupun masing-masing penat dengan kerja ditambah lagi dengan cuaca panas di bulan puasa, itu semua tak mematahkan semangat geng budak kampung untuk meng 'convert' yamaha 135 LC diorang ke yamaha X1R.

 dari kiri: X1R Apeng, Iwan Bol, Pie Lucah dan Ap

aku dah cuba google mengenai motosikal X1R yang menjadi kegilaan remaja ni, tapi tak banyak maklumat yang aku dapat. aku pun pelik, kenapa motor ni tak masuk ke pasaran Malaysia. aku rasa kalau motor ni masuk pasaran Malaysia, motor Yamaha 135 LC tu orang trade in kot huhu. motor X1R ni kalau korang tengok, lebih kurang sama dengan 135 LC cuma kelainan yang ketara terletak pada dada hadapan dan juga handle. aku nak ulas panjang lebar pun tak bape nak pandai. ape kate korang tengok je gambar yang aku sediakan tu dan bandingkan sendiri. 

kalau korang nak tanye pasal X1R ni boleh la ke facebook iwan bol OK!!


WALAU GANAS MANA PUN MUKA, EJOZ DAN JENTERA,
KITE TETAP RIDER YANG HORMAT ORANG TUA,
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

3 comments:

Afzainizam said...

pergghhhh satu group semua bodykit X1R tu dahsyatttt.... suka tengok apa yang ko ketengahkan tu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip Spray paint motorsikal

Unknown said...

Boss . Bajet berapa ni ? And enjin boss convert sekali ke apa boss ? Sy serious and ws saya boss . 0176852264

Unknown said...

Bos mana beli cover x1r ni?pm 0143596702