Sunday, July 31, 2011

BBQ sempena menyambut bulan puase


Assalamualaikum wa rohmatullohi wa barokaatuh. apa khabar kengkawan semua, salam mesra dari geng budak kampung. dak makan? kalau belom makan pergi lah makan. nanti mase bulan puase jangan dok sebok nak makan di siang hari,memang kena parang la jawabnye korang nanti. semalam,sabtu,30 julai 2011,geng budak kampung telah mengadakan satu jamuan sempena menyambut bulan puasa isnin ini. idea untuk mengadakan jamuan ini tercetus secara tidak sengaja semasa tengah lepak2 di bawah pohon kelapa yang melambai ketika ditiup angin sepoi-sepoi bahasa gitu.


untuk jamuan kali ni,kami buat sederhana sahaja. buat apa nak besar-besar. penat nak mengemasnya nanti kan. jamuan kali ini telah di taja oleh seorang hamba Allah dan tak lupa kanopi yang telah ditaja oleh encik amin tauke kambing kita. kalau nak tempah kambing/lembu untuk raya nanti sila bagitau kat ruangan komen yer.hehe. tak lupe kepada tuan rumah, Wak Jabin dan anak-anak kerana memberi kebenaran untuk kami mengadakan jamuan di hadapan rumah beliau. ini kerana anak Wak Jabin iaitu Hibbaturrahman telah melangkah setapak ke depan dengan membuka bengkel bersebelahan rumah. secara tak langsung bengkel beliau ini menjadi tempat rasmi geng budak kampung berkumpul. mungkin lepas ni akan dibangunkan sebuah warong minuman pulak. takde lah kitorang kering tekak kat situ hehe.


terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang tenaga menjayakan majlis bakar membakar ini. tanpa kerjasama,majlis ini tidak akan menjadi. terima kasih juga kepada mereka yang secara volunteer menjadi chef BBQ ni. aku tak taulah berapa banyak peluh korang dah bercampur aduk dengan ayam yang kitorang makan tu hehehe. terima kasih pada team 'Hassim & Pie sound system' kerana menyediakan peralatan karaoke dan juga deejay kita yang sentiasa menghiburkan tetamu yang datang malam tadi iaitu 'Muaz & Bol in da' club'.


aku tak tahu nak cakap apa. senang kata terima kasih tak terhingga kepada semua geng budak kampung yang hadir. geng kitorang takde kisah sesapa pun nak datang makan. tua ka,muda ka. kami ni bukan kelab mahupun pertubuhan,cuma sekumpulan budak kampung yang berkongsi minat yang sama. 

mungkin lepas ni akan ada aktiviti lagi. ikut hati ni nak buat ride to berbuka ka...ride to trawikh ka...entah. belom tahu lagi. ape-ape pon akan di update OK! SELAMAT BERPUASA dari kami GBK.

untuk tengok gambar aktiviti malam tu boleh KE SINI

1 comment:

Afzainizam said...

uihhhh seronok beb BBQ cam ni... siap ada pingpong dan karaoke dahsyat tuuu... meriahhh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip Spray paint motorsikal